Thursday, March 11, 2010

jom belajar...MyPopia~pedas

Assalamualaikum... 

sekarang ni NaMo nak ajar cara2 nak buat popia mini... yang 1st sekali nak ajar cara wat MyPopia~pedas...klu xpndai gak or malas nak wat, trus oder ngn NaMo jek...


MyPopia~Pedas

 

senarai bahan-bahannya:

1 bungkus kulit popia (saiz besar)
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Minyak utk menggoreng
air sebagai bhn pelekat

Cara :

1. Lipat kulit popia dari bucu ke bucu


2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk digamkan (NaMo guna air je~jimat...)



3. Buat hingga habis peket popia.




4. sementara tgh menggulung tu, tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering_~jika tidak susah nak gunting.(tp NaMo simpan dlm peti ais~supaya lg senang potong)

5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.


6. Goreng dengan api perlahan/kecil.


7. Angkat dan toskan minyak.


okes, dah siap goreng popia....
Sekarang kita wat sambal or siranya plak...
1. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
2. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
3. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
4. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.


okes, senangkan nak buatnye?? Selamat mencuba...(',')

Kalau mls nak wat, just ask me... I will prepare for u..tp cam biase le, kene prepare duit secukupnya...

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

No comments:

Post a Comment