Friday, August 6, 2010

Mari dekat, mari dekat

Mari dekat, mari dekat... hari ini saya tak nak tunjuk resepi telur dadah (tiru iklan Sheila -Mayonis) hehehe...tapi nak iklan kedatangan Ramadhan.....

Salam

Ramadhan & Syawal bakal kembali
penuhi bulan berkah ini dengan ibadah ...
moga bertambah keimanan...
selamat dunia akhirat

ok, tempahan Mini Popia kini dibuka...


tempahan diterima bagi jenis
MyPopia~Simpulan Kasih dan
MyPopia Nestum sahaja.
lihat maklumat di blog MyPopiaBest
Tarikh tutup tempahan: sebelum 15 Ogos 2010.


selamat beribadah
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Sunday, July 25, 2010

jom belajar....MyPopia~ Simpulan Kasih

Salam ceria buat semua...
ni nak perturunkan resepi MyPopia~Simpulan Kasih....

 1) sediakan kulit popia yang bersaiz 7 1/2 inci X 7 1/2 inci ( saiz ni bergantung kpd jenama masing2)

2) potong kepada 3 bahagian, kemudian setiap satu bahagian dipotong 2.( kalau xpaham, tengok gambar di bawah) (saiz potongan ni pun ikut citarasa masing2-ni saiz yg NaMo guna)

3) kemudian letak inti (serunding ikan) kat tengah-tengah
gulung dan simpul kasihkan...

siap...

4) goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga warna kuning keemasan..

5) angkat dan toskan

6) sejukkan dahulu sebelum disimpan...

ok, senangkan cara nak membuatnya???
kalau nak lagi senang, terus order dari kami..
maklumat lanjut di sini

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Friday, July 23, 2010

promo!!!promo!!!!

Salam

Ramadhan & Syawal bakal kembali
penuhi bulan berkah ini dengan ibadah ...
moga bertambah keimanan...
selamat dunia akhirat

ok, tempahan Mini Popia kini dibuka...

tempahan diterima bagi jenis
MyPopia~Simpulan Kasih dan
MyPopia Nestum sahaja.
lihat maklumat di blog MyPopiaBest
Tarikh tutup tempahan: sebelum 15 Ogos 2010.


selamat beribadah
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Friday, April 2, 2010

Pindah???

Salam...
Pengumuman2....
kami dah berpindah... ke blog baru... ke sini
Tapi sesekali NaMo akan mengupdate blog ni dengan resepi2 MyPopia yang best... 
so, jenguk2 lah selalu...
Ni alamat blog baru : http://MyPopiaBest.blogspot.com
ok, moga berjumpa lagi....

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Thursday, March 11, 2010

jom belajar...MyPopia~pedas

Assalamualaikum... 

sekarang ni NaMo nak ajar cara2 nak buat popia mini... yang 1st sekali nak ajar cara wat MyPopia~pedas...klu xpndai gak or malas nak wat, trus oder ngn NaMo jek...


MyPopia~Pedas

 

senarai bahan-bahannya:

1 bungkus kulit popia (saiz besar)
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Minyak utk menggoreng
air sebagai bhn pelekat

Cara :

1. Lipat kulit popia dari bucu ke bucu


2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk digamkan (NaMo guna air je~jimat...)



3. Buat hingga habis peket popia.




4. sementara tgh menggulung tu, tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering_~jika tidak susah nak gunting.(tp NaMo simpan dlm peti ais~supaya lg senang potong)

5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.


6. Goreng dengan api perlahan/kecil.


7. Angkat dan toskan minyak.


okes, dah siap goreng popia....
Sekarang kita wat sambal or siranya plak...
1. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
2. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
3. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
4. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.


okes, senangkan nak buatnye?? Selamat mencuba...(',')

Kalau mls nak wat, just ask me... I will prepare for u..tp cam biase le, kene prepare duit secukupnya...

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!