Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...
Mari bersama kita berkorban... Hari raya Aidiladha ni dikenali gak dengan nama Raya Korban dan Raya Haji.. Walau apapun panggilannya, hari raya adalah salah satu peluang untuk kita muhasabah diri, bertaubat, memperbanyakkan ibadat, saling menziarahi dan bermaaf-maafan. So, MP nak ucapkan selamat Hari Raya Korban buat semua... Minta maaf zahir batin...Doakan kita semua dapat berkorban dengan ikhlas walau apapun bentuk pengorbanan itu...

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan, kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

Kampung halaman MP sedang dilanda banjir, harap-harapnya kami dapat balik dan berkumpul bersama di hari raya korban nanti...Banyak agenda keluarga (kenduri) yang dirancang di kampung kami... Harap xbanjir...


Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Saturday, November 7, 2009

Kembali semula

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas di atas muka bumi Allah SWT ini dan dikurniakan kesihatan dan menjalani kehidupan...
MP mohon maaf kerana lama tak menjenguk dan mengupdate blog ini. Agak sibuk sket... Macam2 berlaku..

Namun, buat pengetahuan semua, MP masih lagi meneruskan bisnes MyPopia ini. Jadi kepada semua yang ingin mendapatkan snek lazat dan rangup ini, sila lah mengorder yek.. Tapi MP hanya memfokuskan kepada MyPopia~Simpulan Kasih sahaja...
Jadi, jom oder...


Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!