Wednesday, August 5, 2009

Serunding ikan

Semalam MP ke pasar malam dengan suami. Selepas berpusing-pusing 2, 3 kali bagi mencari jenis ikan yang segar dan sesuai untuk dibuat serunding ikan, akhirnya kami memilih ikan selayang yang harganya berbaloi n segar lagi. Sebenarnya MP tidak tahu harga sebenar ikan di pasaran sebab MP sering mengabaikan harga ikan kalau membeli di shopping kompleks. Ini kerana MP hanya membeli mengikut bilangan ikan yang dianggarkan cukup untuk kami berdua makan dalam tempoh seminggu. Lagipun selalunya suami MP yang beli ikan di pasaraya berdekatan rumah kami. Tapi setelah membelek-belek resipi dari MyResipi.net bagi cara-cara nak membuat serunding ikan, MP mengambil keputusan membeli sebanyak sekilo. Sebab kebanyakan resipi meletakkan sekilo ikan yang sesuai bagi dipadankan dengan bahan-bahan yang lain.
Pagi ini, setelah di buang isi perut dan dibersihkan ikan itu, maka selamatlah ikan tersebut direbus. MP nak buat serunding ikan or dipanggil sambal ikan oleh orang-orang Kelantan....
Tapi, apa tujuan sambal ikan tu? tunggu....

2 comments:

Sallimna said...

serunding bleh ganti lauk,
penah wat dah hari tu,
mase tu suma lauk hbs, ikan bilis n ikan kering pom habis,
ambik serunding makan dgn nasi putih.
menyelerakan

NaMo @ MP said...

betul tu Mie, hehe... mace samo la pengalame kito...oooo sebab adik beradik..
ok, hok penting mu tlg promote... Leh sambal ike free...

Post a Comment