Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua...
Mari bersama kita berkorban... Hari raya Aidiladha ni dikenali gak dengan nama Raya Korban dan Raya Haji.. Walau apapun panggilannya, hari raya adalah salah satu peluang untuk kita muhasabah diri, bertaubat, memperbanyakkan ibadat, saling menziarahi dan bermaaf-maafan. So, MP nak ucapkan selamat Hari Raya Korban buat semua... Minta maaf zahir batin...Doakan kita semua dapat berkorban dengan ikhlas walau apapun bentuk pengorbanan itu...

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan, kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

Kampung halaman MP sedang dilanda banjir, harap-harapnya kami dapat balik dan berkumpul bersama di hari raya korban nanti...Banyak agenda keluarga (kenduri) yang dirancang di kampung kami... Harap xbanjir...


Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Saturday, November 7, 2009

Kembali semula

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas di atas muka bumi Allah SWT ini dan dikurniakan kesihatan dan menjalani kehidupan...
MP mohon maaf kerana lama tak menjenguk dan mengupdate blog ini. Agak sibuk sket... Macam2 berlaku..

Namun, buat pengetahuan semua, MP masih lagi meneruskan bisnes MyPopia ini. Jadi kepada semua yang ingin mendapatkan snek lazat dan rangup ini, sila lah mengorder yek.. Tapi MP hanya memfokuskan kepada MyPopia~Simpulan Kasih sahaja...
Jadi, jom oder...


Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Wednesday, September 16, 2009

Terima kasih...

Salam...
MP ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yg telah menempah MyPopia... Alhamdulillah, walaupun kedai ni baru beroperasi, tetapi kepercayaan semua boleh meningkatkan lagi prestasi MP. Doakan kedai MP ini terus maju!

p/s: TQ bebanyak wat k dila, haz, pija, lina, k tiQah, DIra, Syafiqah, K Aan n seme yang memberi sokongan...
eh, lupe plak.. Suami tercinta.. TQ banyak tolong...

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Tempahan sempena musim perayaan

Salam Aidilfitri...
Alhamdulillah, ramadhan semakin ke penghujungnya... Semoga ramadhan ini telah kita penuhi dengan segala amal soleh dan mengejar pahala sebanyak mungkin... Syawal yang bakal menjelma pasti ditunggu kerana ia peluang untuk berhimpun bersama keluarga dan sahabat handai...
MP ingin menghulur tangan memohon ampun dan kemaafan kepada semua.
Bagi sesiapa yang ingin menempah MyPopia bagi hidangan di musim perayaan ini, terutama jika yang ingin membuat rumah terbuka atau dimakan bersama keluarga, bolehlah menempah seawal mungkin... MP akan balik kampung selama seminggu.
Akhir kata, salam aidilfitri...

p/s: 1st time raya as isteri, as menantu n kat kampung orang lain...
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Thursday, September 3, 2009

MyPopia~Nestum


Jom nikmati MyPopia~Nestum... Pastinya menjadi hidangan pilihan di hari lebaran nanti..
Harga yang ditawarkan
RM15 per 1/2 kg
RM28 per 1 kg
Jom order!!

Wednesday, September 2, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Assalamualaikum...
Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka puasa buat semua...
Sempena kedatangan Ramadhan yg penuh keberkatan ini marilah kita sama2 menambah dan mempertingkatkan amal ibadat. Semoga Ramadhan ini membawa seribu erti dalam kehidupan kita bukan sahaja di dunia, malah akhirat jua....

Sempena Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, MP menjemput semua menikmati MyPopia keluaran MP... Untuk dijadikan hidangan kepada tetamu yg berkunjung.

Tempahan boleh dilakukan sekarang sebelum terlambat...

Wednesday, August 12, 2009

Jom Order....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah MP telah memperkenalkan MyPopia kepada sahabat2 berdekatan... Mereka telah menikmati dan MP menerima tempahan dari sahabat2 yang teruja dengan MyPopia ini. Alhamdulillah...
Anda bila lagi?
Jom order..
Hubungi MP segera yuk...

MyPopia~Simpulan Kasih- RM10 = lebih kurang 100 pcs.


Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Thursday, August 6, 2009

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum...
Buat sahabat2 n pembaca budiman,
MP ingin mempromote beberapa produk keluaran MP yang pastinya menyelerakan dan berbaloi-baloi. Jom berkenalan dengan produk MP...

1) MyPopia~ Sambal ikan- dibuat daripada ikan segar dan diproses dengan penuh teliti. Yang pasti kebersihan dijaga mengikut lunas-lunas syarak. InsyaAllah MP pastikan tiada tulang dan biji cili yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan.
- harga yang MP tawarkan:
RM20 bagi 1/2 kg.
so, kalau sekilo= RM 40.oo la yek.
kalau 2 kilo.. erm.. awak kira la sendiri...
- boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan di bawa ke mana jua...
- harga berpatutan dan yang penting berbaloi-baloi...


2) MyPopia~ Simpulan Kasih-RM 6 per 50 pcs/ RM 10 per 100 pcs












3) MyPopia~Gulungan sayang- RM 15 per botol


so, kepada sesiapa yg berminat menikmati MyPopia keluaran terkini ini, jom semak maklumat di sebelah.

Sebarang pertanyaan dan kekonfiusan boleh hubungi NaMo@MP:
no tel: 019-3744528
YM: lily_s98@yahoo.com
emel: nm_asab@yahoo.com

ok, sehingga bertemu lagi

MP @ NaMo:
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Wednesday, August 5, 2009

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah. Jadi, jom melangkah!

Serunding ikan

Semalam MP ke pasar malam dengan suami. Selepas berpusing-pusing 2, 3 kali bagi mencari jenis ikan yang segar dan sesuai untuk dibuat serunding ikan, akhirnya kami memilih ikan selayang yang harganya berbaloi n segar lagi. Sebenarnya MP tidak tahu harga sebenar ikan di pasaran sebab MP sering mengabaikan harga ikan kalau membeli di shopping kompleks. Ini kerana MP hanya membeli mengikut bilangan ikan yang dianggarkan cukup untuk kami berdua makan dalam tempoh seminggu. Lagipun selalunya suami MP yang beli ikan di pasaraya berdekatan rumah kami. Tapi setelah membelek-belek resipi dari MyResipi.net bagi cara-cara nak membuat serunding ikan, MP mengambil keputusan membeli sebanyak sekilo. Sebab kebanyakan resipi meletakkan sekilo ikan yang sesuai bagi dipadankan dengan bahan-bahan yang lain.
Pagi ini, setelah di buang isi perut dan dibersihkan ikan itu, maka selamatlah ikan tersebut direbus. MP nak buat serunding ikan or dipanggil sambal ikan oleh orang-orang Kelantan....
Tapi, apa tujuan sambal ikan tu? tunggu....

Selamat berkenalan

Assalamualaikum wbt...
Salam perkenalan dari MP kepada semua warga alam maya sekalian. Blog ini MP 'create' dengan tujuan menjalin hubungan di alam maya tapi dengan tujuan yang murni, mengukuhkan ikatan silaturrahim....
ok, sehingga bertemu lagi

MP